Sabtu, 5 Februari 2011

...ingin menjadi chef...

salam....

entah kenapa...semenjak dua menjak ni...minat utk masak-memasak ni membuak2(minat jerr...)...tmbh lg kalo tgk resipi2 yg ermmmm...yummy..yummy...tapi yg buat stress tu...tak juga gerak2 p dapur...huhuhu...kalo p dapur pun...time lapar...syukur mak ada masak something...kalo xda...mee sedap perisa soto + telur menjadi santapan...hinggakn skrg ni da muak da...nmpk sgt sll sgt melantak benda tu...huhuhu...

mesti best kan dapat hasilkan sesuatu yg sedap ditambah lg dgn hiasan yg cantik2...aduh bila la tu ya...minat dah ada...tapi pemangkin tu yg xda lg...bila nak ada ni...huhuhu...

kalo la aku ada adik beradik perempuan...mesti bestkan...bole juga aku "bergaduh" dgn dia d dapur...dapur da cantik da...tp masak mee segera jak...wakakakaka...tak berbaloi sungguh...

bila la nak terer masak-memasak ni???teringin sgt da ni..tapi byk tapi nya..aduhhh...

Khamis, 3 Februari 2011

Khabarmu...

Assalamualaikum....

Genap 5 bulan aku tak update blog kesyg ni...lama gila...lg malang aku sendiri da lama tak jenguk kabar blog ku ni...dlm tempoh 5bln ni...bole dikira brp kali aku jenguk...mgkn xsampai 5x...hehehe...kadang2 lupa aku ada blog...bisanya kan...tp hr ni tiba2 plak ada mood mau menconteng sesuatu d sini...mgkn sbb bosan kot..org masih dlm mood cuti..cuti thn br cina...tp kami pekerja sime darby d sabah kena kerja harini...huhuhu...entahla...apa rasanya..mcm2 rasa...tp alhamdulillah...byk juga keja siap...pg td time g keje...jalan raya lengang...mgkn masih ramai yg di ulit mimpi sedangkan aku tgh menekan pedal minyak keta utk sampai ke tmpt kerja...cuaca hari ini pun lain...nak kata panas xjuga panas...nak kata nak hujan..xjuga hujan..tp yg pasti ku rasa tenang...memandang ke luar jendela...ku lihat hijau...bunyi burung juga sungguh mendamaikan jiwa ku....alhamdulillah...semua dariNya dan milikNya...

Rasanya cukupla setakat ni...moga diberi lagi peluang utk menulis sesuatu di sini...salam...

Ahad, 5 September 2010

Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan Iklan Hari Raya TV3 2010

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.






Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran







Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism





Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.




Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?




Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).



p/s: Untuk makluman, TV3 telah pun menarik iklan raya ini pada malam semalam dengan memaklumkan penarikan itu melalui Buletin Utama malam semalam (5 September 2010). Di harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Insya-Allah.

Salam Aidilfitri



Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah...sungguh banyak nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita..tidak terhingga..dan tidak akan mampu untuk kita membalasnya...malah kita selalu lupa kepadaNya...astagfirullah al-azim...ampuni dosa2 kami ya Allah...kami hamba2Mu yang sgt lemah...beri kami kekuatan untuk menuruti segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu..agar kehidupan kami di atas muka bumi ini mendapat redhaMu ya Rabb...amin..

27 Ramadhan...sungguh cepat masa berlalu...rasanya baru semalam kita mula berpuasa..masa tetap akan terus berlalu...tanpa menunggu dan menghiraukan kita..samada kita sedar atau tak..syukur alhamdulillah Allah masih bagi kita peluang utk berada d bln ramadhan pada tahun ni...tahun depan blum tentu lagi..mungkin ramadahn kali ni adalah ramadhan yang terakhir bagi kita...kita tak tahu..jadi rebut la peluang di akhir2 ramadhan ni utk memperolehi segala kelebihan bulan yang mulia ni..moga kita semua mendapat keredhaanNya...keampunanNya...dan memperolehi syurgaNya...amin ya rabbal alamin...

Kepada semua kawan, teman, rakan, sahabat, sanak saudara serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini...saya menyusun sepuluh jari..memohon ampun dan maaf zahir & batin..atas segala keterlanjuran yang disengajakan atau sebaliknya...halalkan makan minum ya..maaf sekali lagi...akhir sekali...Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri..

Rabu, 28 Julai 2010

...aKu...


Personaliti berasaskan tarikh lahir - No. 7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

ermmm...aku dpt benda ni dr fb...saja2...tapi bole pakai jugala walaupun ada juga yg kureng tepat or mgkn tepat tp aku xsedar aku sbnrnya begitu...apa2 pun..yg baik jadikan teladan dan yang xbaik jadikan sempadan..btl tak???

sbnrnya aku suka benda2 mcm ni sbbnya..ianya membolehkan kita kenal lebih dalam akan diri sendiri..secara tidak langsung ianya memotovasikan diri kita..menjadikan diri kita lebih yakin dan positif...itu apa yg aku rasa la..hehehe...pasangan ideal No.2..tengah mencari..kalo ada sapa2 jumpa bgtau ya...hehehe...;-)

Rabu, 21 Julai 2010

Pokok Hiasan Beracun




Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

Rabu, 14 Julai 2010

kembali menulis...



...sekadar hiasan dinding...

Assalamualaikum semua...apa khabar???moga2 semuanya sehat dan sentiasa dlm rahmat dan kasih sayangNYA..amin...lamanya tak menulis d sini...terasa kekok plak..huhu..semenjak ada facebook ni...blog ni terasa sepi plak...kalo dulu hari2 buka blog walaupun sekadar menjenguk saja..tp lately..aku da lupa yg aku ada blog yg da lama tak berusik..sian blog ini..maaf ye..bukan niat nak abaikan awk..hehe..main lain jak bunyinya kan..kalo dulu semangat nak menulis sbb ada dorongan dr sahabat2 tp sekarang sahabat2 pun da kurang menulis hanya 2,3 org jak yg masih menulis tp aura semangat menulis tu pun semakin berkurangan...semlm sebelum tido tiba2 teringat akan blog ni..aku pun heran bole plk aku teringat benda ni..entah kenapa? tu yang harini terasa ini menulis walaupun xtau apa yg nak d tulis...kepala pun masih tgh pikir2 lg ni..apa ya??semlm pun da pikir apa nak tulis..tp rasanya mcm xsesuai plak..yelakan..da lama tak update blog ni..mgkn ini bole d anggap sebagai mukaddimah..hehehe..macam betul jak..da pasang niat nak aktif menulis balik..hrp2 la aktif kan..hehe..ntah2 pas ni senyap balik..hehe..maklum la kan kita xtau apa yg akan berlaku lepas ni..manatau busy mcm sblm2 ni..walau apa2pun niat da ada tinggal d laksanakan jak..hehehe

K la setakat ini dulu...jaga iman...jaga solat..hiasi peribadi dgn akhlak yg mulia seperti yg telah dicontohkan oleh Rasul junjungan mulia...jumpa lagi..salam...daaaaa.....

Rabu, 28 April 2010

singgah sebentar...

Salam semua..aku skrg kat airport kk..lepak kt sini for sejam setgh..ni tgh tgu flight ke bintulu..syukur ada wifi kt sini..so xdala boring kan..aku try update blog ni guna hp yg xsebera canggh ni..kalo ble update..kira ok jg la kn hp ni..hehe..biasay aku travel sorg..tp hr ni aku travel dgn big boses ok..kekok jg la..skrg ni pn tgh bdepan dgn direktor of rnd..kaku giler..td duk sorg2..direktor dtg plak..segan bsembang dgn dia..skrg ni dua2 tgh layan dgn hp msg2..direktor guna blackberry..lg canggh..keras aku kt dpn dia ni..huhu..dlm hati bdoa cpt la kapal dtg..semlm ada dinner 4 all workers rnd sbh dgn direktor..mlm ni dinner bsama workers rnd swak..aku kena join coz ptg ni direktor nk visit lab swak so aku kena explain psl lab..huhu..boses yg lain da dtg..fuh lega skit..k la rasanya da pjg sgt da aku taip ni..huhu

Selasa, 20 April 2010

...outstation...



Chemical Laboratory, Sabah...berwajah baru..very nice & I like these colors...





sekadar gambar hiasan...hohoho...

Salam everybody...terasa lama btl tak update blog nie...tersangat2 la busy nyer...kalo ada masa pun idea plak tak ada sbb list of works to do yg berlegar2 d kepala...xsempat nak pikir yang lain...skrg ni pun aku tgh lepak kat McD @ KLIA..hehe..kebiasaannya aku akan lepak @ Burger King..apsal tukar port???hehehe..biasala manusia..cpt sgt jemu dgn sesuatu..da terbiasa sgt kat BK terasa nak tukar tmpt plak..lg pun aku da ketagih nak mkn bubur ayam McD...hehhee...sbnrnya aku dr Johor Bahru nie..awal pg flight ke KL..ni yg tersadai kat KLIA nie..sejam setgh aku kat McD..sat lg jam12..aku nk g shopping roti kat eraman plak..utk my parents n anak2 buah yg sukakan roti..aku pun sama gak...hehehe

ermm...mcm da lari tajuk jak nie???hehehe..nmpk sgt kepala serabut..kat McD ni pun ramai sgt org..meriah btl...huhuhu..ni pun saja update blog..tgh xde benda yg bole d buat sementara nk tgu flight ke twu kul2.2o ptg nie..lgpun ada wifi..apa lg..gunakan kemudahan yg tlh disediakan..org da susah2 pasang wifi..gunala kan..free plak tu..huhu...ni yg rasa mls nk beli broadband..kat mana2 ada wifi..terkubur lg niat nk pakai broadband..hehe..kalo duk hotel pun ada wifi..so apa susah2 nk beli..save duit aku...hahaha

skrg ni rajin betul aku g outstation..start dari november 2009 smpi april 2010..tiap2 bln aku outstation..smpi naik muak n pening aku naik fligt..sbnrnya aku xsuka bau or pewangi yg dorg sembur dlm kapal..buat aku rasa pening n mabuk..hohoho..tp demi tugas ku gagah kan juga...gagah kerrr????hehehe...berbalik pada outstation td..byk tmpt da aku pegi..smpi mls da nak ingat..smpi ada org ckp kat aku.."ko ni..KL jak ko urus"...hehehe...locok..pastu sorg lg ckp..."ko ni jalan jak..bila ko ndak jln..asal d kol..mesti outstation"...hehehe..apa bole buat la..tahun 2010 nie...tahun outstation kot utk aku...huhuhu...sebenarnya aku pun penat juga..smpi sakit..tp tgh sakit2 nie aku jalan juga...demi tugas konon...huhuhu..harap2 pas nie..kurangla sdh aku jln coz keje kat lab byk lg xsettle..dlm bln6 nie aku jangkakan lab aku akan kena audit..so,aku kene update file2 kat lab sblm audit..kalo ada juga permintaan utk aku p mana2 lg...mau aku merayu supaya jgn suruh lg aku outstation..hehehe...yela..keje kat lab tu aku jak yg kene buat..xda org yg nk tolong buat...huhuhu...nanti apa2 hal...aku juga yg kene...huhuhu...ni da mcm luahan perasaan plak...hehehe...k la guys...aku gonna go..da jam 1130am..ni nk g shopping roti then masuk dlm depature hall..tawau.....i miss uuuu...huhuhuhu....

Isnin, 1 Mac 2010

4 years ago...



Chemical Laboratory, Sabah..tmpt ku berkhidmat dan mencari rezeki..moga berkat..amin..

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...sesungguhnya DIA Maha Pemurah kepada semua hamba2NYA...cuma kita sebagai hamba ni yg selalu lupa akan semua kurniaanNYA...astagfirullah al-azim...nauzubillah..moga dijauhkan..sesungguhnya tiada daya upayaku melainkan pertolongan dan bantuan dariMU ya RABB...

01 MARCH 2010 - Maka genap la 4 tahun aku telah berkhidmat sebagai Chemist kepada Chemical Laboratory, Sabah...syukur alhamdulillah...ingat lg time lepas konvo hari tu..selama 8 bulan aku menganggur..duk rumah..jadi suri rumah tangga..sehingga satu masa aku rasa boring...yg xle aku lupa..disebabkan hari2 masak utk family..satu haritu aku da xtau nak masak apa...hehehe...goreng sdh..rebus sdh..bakar sdh..stim pun sdh..masak sup sdh..masak lemak pun sdh..hehehe..sehinggakn aku ckp dgn mak.."mak, xtau da mau msk apa ni?..hehehe..bg aku 8bln duk rumah mmg membosankan..

suatu hari,seorg kwn yg sama2 pas konvo..ajak aku g antar resume kat mana2 cmpany..kalo ingat time tu kelakar jg..dgn berjalan kaki satu bandar kami pusing..kami p cari Cyber Cafe..antar resume.pstu print resume and antar through pos..hehe..maklum la..pas konvo..satu harta pun xda lg..lepas beberapa lama..kwn aku tu dpt panggilan msk maktab ambik KPI..aku sabarkn hati coz aku mmg xminat nk jd cekgu..xda kemahiran utk jd cekgu..(tapi kalo jumpa org lain,mesti dorg ingatkn aku cekgu..hehe..aku ada gaya mcm cekgu kot..hehehe)..alhamdulillah..berkat kesabaran..aku terima 1 panggilan dr semenanjung..utk menghadiri temuduga d Bombalai..time tu aku rasa bengong sekejap..bila ms plak aku antar resume ke semenanjung..biarla..bila aku inform hal ni kpd org tua ku..mereka begitu excited..sehari sblm interview..org tua ku beriya bw aku g servay tmpt temuduga supaya hari temuduga aku xterlambat dan semua berjalan lancar..sampai mcm tu sekali keterujaan mereka..terharu jg aku..mereka ingin lihat anaknya ni berjaya..huhuhu..sedey dan terharu sgt...

Alhamdulillah..interview berjln lancar..wpun interview ni merupakn my second interview..lama jg..lbh krg sejam..mcm2 ditanya..dgn confident aku jawab jer..hehe..satu lg yg bt aku terharu..bapa sanggup tgu dr jam8pg smpi tgh hari..terharu lagi..

Namun, kesabaranku teruji lagi..tiada kabar berita hasil dr interview tu..disebabkan aku da xtahan duk umah dan disebabkn ada masalah dalaman/pressure dari beberapa pihak..aku sibukkn diri dgn gerak kerja..alhamdulillah..aku hepi time 2 bgerak kerja dgn adik2..sbb time tu shbt2 sume kat U..msh tgh study..satu hari aku ditawarkan keje sbgi guru tadika PASTI..hem..cekgu??? setelah berfikir pjg, aku terima tawaran tu..aku jadi cekgu???hehehe..kelakar je aku rasa..mula2 aku kekok jg..tapi bila da rasa serasi dgn anak2 didik..aku jadi hepi plak..hehe..

Dalam aku busy jadi cekgu dan busy dgn gerak kerja..aku da lupa dgn interview yg pernah aku hadiri..tiba2 Hp ku berbunyi..time tu tgh busy buat minit mesyuarat sbb time tu tlh dilantik jadi setiausaha satu program..hehe..balik pada citer td..no sjung tertera d skrin hp ku..berdebar jg..sapala kan??

Pemanggil "Bole sy bercakap dgn Cik Kursiah Arase?"
Aku "Ye..saya bercakap"
Pemanggil "Saya call dari Golden Hope Research Centre, Banting..saya nak nyatakan Cik telah diterima bekerja d syarikat kami dan Cik kena melaporkan diri pada 01 March 2006 di R&D Centre di Bombalai"
Aku "yeke?ok cik..terima kasih banyak"

Ya Allah...hanya DIA saja yg tau perasaan ku time tu..gembira,takut,gementar dan mcm2lagi yg aku rasa..rasa mcm mn menangis jak..Terima Kasih ALLAH...huhuhu..kegembiraan tu aku kongsikan dgn beberapa shbt2 and adik2 yg bersama2dgn ku time tu...tp sedih jg time tu sbb kena resign jadi cekgu tadika..sbb time tu hanya tinggal beberapa hari sblm aku kena report duty kat company tu..aku hanya sempat jadi cekgu tadika selama 2minggu d PASTI Kg. Titingan..aku hepi..at least aku pernah rasa jadi cekgu..so, bila shbt2 ku yg kebanyakkn mereka cekgu bercerita pasal keje dorg..at least aku bole msk skit la..hehehe...xla rasa terpinggir kan???huhuhu...

Dan...hari ni..alhamdulillah...hidup ku bertambah baik..sangat baik...tak lain dan xbukan...ni semua dariNYA..yg sgt pemurah..aku wajib bersyukr..wajib!!!!Thank you. ALLAH atas segalanya...moga aku terus success dgn kerjaya ku..kehidupanku akan bertambah baik..sejahtera dunia n akhirat...cuma 1 lagi rezeki yg ku tunggu2..hehe..bila la agaknya kan???moga rezeki tu cepat menghampiriku..amin...insyaAllah...hehehehe....

Jumaat, 12 Februari 2010

My story @ Bintulu

Assalamualaikum semua...hehehe...apa kabar???hrp2 semua sehat la hendaknya...ya Allah...lamanya aku ndak berkata2 disini...huhhuhu..mana aku pegi???apa aku buat??xlain dan xbukan...jawapannya ialah...BUSY...busy ker????hahahha...busy la juga...hehehe...skrg ni aku berada d sebuah hotel kat Bintulu...apa aku buat kat sini???saja jak jln2...buang duit...hahaha....xdala...mcm biasa p kerja...chemist yg jg lab swak ni tgh cuti nak bersalin selama 3bulan...so, aku telah diamanahkn oleh bos utk jaga lab swak selama seminggu...sbnrnya 3org chemist telah ditugaskn jg lab ni...so kami 3org akan bgilir2 dtg sini jaga lab sambil2 buat training utk staff2 kat sini yg masih baru..next month aku akan ke sini lg..seorg kena dtg sini 2kali dan kena stay seminggu...selama seminggu aku duk kat Rest House, Rajawali Estate..mau jem jg otakku ni...hehehe..saat keluar ke bndr Bintulu semalam...aku rasa lapang...akhirnya!!!!!hehehehe....




mkn nasi seawal jam 1030pg...huhuhu


Aku dan my lab supervisor bertolak ke Bintulu hari ahad lepas..demi tugas dan arahan bos...kami sanggup korbankn hari ahad utk terconggok kat Airport...hehhe..seawal jam 630pg kami bertolak ke airport twu..825pg bertolak ke KK..seawal jam930pg da smpi KKIA...laparrrr...itu yg aku pikir trs...maklumla xsempat bfast kat umah...tp aku kena tahan wpun perut minta diisi..sbbnya flight yg sepatutnya ke Bintulu kul12tgh hr..cancel..huhuhu..time check in d twu br dibgtau..so kena tgu flight kul3ptg..huhuhu..lamanya kan???sabar je la..utk pengetahuan penerbangan ke Bintulu dr KK hanya ada 2kali jer...jam12tgh hr and jam3ptg...we have no choice right???so...tgu jer la...memandangkan flight kira cancel or delay...mas telah menaja lunch kami..aku yg da xtahan da..trs g kedai yg dimaksudkan..setelah semua urusan da selesai termasuk bagasi kami...tergelak jg..br jam1030pg...nasi putih and rendang daging tersedia depan mata...hehehe...makan jela..maklum la lapar kan...hehehe...pas mkn trs p lepak kat surau..smbl menbaca buku..rajin la plak baca buku..hehehe..sbb da xtau nk buat apa..syukur ada bw buku...kalo kat umah susah btl tgk aku baca buku..xtau la skrg ni teruk btl...xle jadi ni..1 perangai yg aku perasan skrg ni..aku rajin dan suka sgt beli buku n majalah...kalo ke KL..pasti aku akan memborong buku2 n majalah2..tp bila da smpi umah..susun jak d rak buku..time boring giler br baca..tu pun 2-3helai pastu simpan..hemmm...mmg xelok diamalkn ni..I have to do something!!!!huhuhu...(mcm da larik tajuk da ni..hehe..saja nk kongsi..heehe)


Alhamdulillah...licin beb..best..best...da mmg rendang favoriteku..hehehe



best kan???selesa gitu...nyenyak tido...



sempat lagi posing...mmg sesuai dgn tema Chines New Year...hehehehe..merah gitu..mataku skrg ni da mula minat dgn color merah dan yg seangkatan dgn nya seperti pink..meroon...hehehe...napa ya???entah ler...da mataku suka...layan jerrr...hehehe

Alhamdulillah...harini kami da nak berangkat balik ke tawau...hehehe...bestnyer...rindu plak dgn tawau tercinta...huhuhu...flight fully booked coz paham2 jak la CNY kan..so flight kitaorg kul 4ptg ni..syukur ada..kalo tak kena blk hari ahad..huhuh..xsanggup aku nk tgu hr ahad plak...so pg2 ni lepak kat hotel jak la..bole online plak tu..ni yg ambik kesempatan update blog ni..sbb takut blk twu nti xsempat plak coz keje kat lab yg aku tinggalkn selama seminggu pasti bertimbun2...aku da tau sgt da...hehehe..semlm sempat jg g jln2 kat shopping complex kat sini...meriah jg..yela..org2 cina tgh busy shopping..so kita yg xsambut ni ambik kesempatn..byk sale ma...hehehe..aku xbeli apa pun..aku beli beg and tie utk adik kesayangan..hehe..hemm...k la yer...setakat ni jer dulu..dah kul 8pg ni..nak g siap2 dulu coz nk g bfast...hehehe...jam9pg nti ada temujanji..jeng..jeng..jeng...dgn sapa????adalah....hehhe...xdala...biasala dtg swak..mesti beli kek swak..so aku da tempah 5jenis kek swak utk family n kwn2..ole2 utk dorg..so jam9 ni org tu dtg antar kek tu..hehe...bln dpn dtg sini lg..kita beli yg lain jenis plak..sampai semua jenis kek swak kita rasa...hahaha..k la ek???hopefully pas ni ada lg peluang mencoret sesuatu d sini..salam....

Isnin, 21 Disember 2009

Coretan Percutian ke Penang

Kesibukkan yang melanda diriku tidak dapat aku elakkan..sehinggakan lebih 5minggu aku tidak posting diblog ini..hanya punya keinginan utk posting tp tetap tidak dpt kutunaikan keinginan itu..sepanjang 5minggu yg lalu berbagai cerita yg aku lalui dan alami..sehinggakan aku sendiri hampir lupa..hanya beberapa yg masih segar diingatan..seperti majlis korban di Madrasah Sg. Imam..yg mana merupakan pengalaman pertamaku berkorban dan menyaksikan sendiri lembu2 dikorbankan..begitu terkesan di hati ini..yg msh segar lg diingatan ialah kembara bersama2 dgn shbt2 tersyg ke semporna, felda umas2 dan berakhir dgn aktiviti mandi-manda di Table..uniknya sume ini tanpa dirancang..semuanya berlaku atas kehendakNya..yg pasti kami semua gembira n sgt berpuas hati..lumrah kehidupan..tidak selalunya bahagia atau gembira..pasti ada detik2 yg sedih dan duka..tp rasanya tak perlu aku kongsikan disini..biarla ianya aku rasa sendiri..menjadi rahsia peribadi..dalam aku merasakan suka dan duka itu...aku telah diberi peluang utk keluar dari kehidupanku di tawau ini..aku ingin lari sekejap ke tmpt lain yg membolehkan aku merehatkan minda buat seketika..pemergianku ke penang mmg dirancang cuma antara jadi atau tidak..dgn keizinan bos..aku dan juliana (Chemist, Chemical Lab, Bintulu) akhirnya ke penang utk menghadiri meeting persatuan makmal2 pertanian malaysia yg dipengerusikan sendiri oleh bos kami...meeting hanya setgh hari dan dinner disebelah malam..aku dan juliana sgt memfaatkan masa yg ada utk ke tmpt yg menarik di penang...bg aku penang is interesting...time kapal terbang nak landing di lapangan terbang bayan lepas aku dah mula kagum melihat pemandangan penang dr atas...mmg cantik..atas rasa itu aku sgt teruja utk menerokai keindahan pulau mutiara ini....

Berikut adalah antara foto2 yg sempat dirakamkan utk dijadikan kenangan terindah...

Juliana Feceliana Johari...teman yg sgt baik,cute dan sgt gagah..walaupun pregant 7bulan tp masih kuat berjalan & mendaki...sgt bertenaga...

Mencari ketenangan disebalik bunyi air yg sememangnya menenangkan...


Salah sebuah hotel yang berada di sepanjang persisiran pantai Batu Feringgi...memamg mewah dan sgt cantik...

Bergambar dgn patung replika Micheal Jackson..huhuhu

Berpeluang ke Taman Rama2...sangat berbaloi..mmg cantik..

Pasembur dan char kuek teow...makanan penang yg mesti dicuba....sgt sedap..xcaya..cuba sendiri..sehingga skrg msh terasa keenakkannya...huhuhu

Perkara yg tidak dpt dilupakan...inilah pertama kali aku drive keta d semenanjung...huhu...mula2 rasa takut coz org sjung bawa keta laju2 dan suka mencilok sesuka hati...dan memikirkan kejamnya aku jika membiarkan kwn yg tgh sarat itu utk memandu..ku gagahkan diri ini...huhuhu..lg best dgn bantuan GPS juliana satu penang aku drive keta..dari selatan ke utara..sehingga ke tanah besar..melalui jambatan pulau pinang...huhuhu...mmg best..tak terucap dgn kata2...huhu...penang...ur are so cool!!!!!!!!

Isnin, 9 November 2009

Outing & Shopping @ KK

Big Apple @ Kota Kinabalu

A lot of choices..cantek & menarik kan...yummy..yummy...sedap...hohoho

aku yg semakin comel...huhuhu

aktiviti @ Terminal 2...merempat..all seats full already..smbl2 tu..posing & mengunyah..hahaha

tigeee...cheeseeee...posing jgn xposing...huhuhu

xsabar nak naik flight...sanggup baris awal..huhuhu

Ni antara pic yg sempat aku ambik guna hp ku yg xseberapa...kpd shbt2 yg byk ambik pic tu...tolong la update dlm blog..so senang nk copy..hehehe...mmg seronok jln smbl shopping dgn shbt2 yg sekepala..apa lg shbt seperjuangan yg dikasihi...mmg berbaloi...hehehe...

Ahad, 8 November 2009

aku & KK...

Good morning to all my friend...kabare?waras??haha..buang tebiat ka apa?hehehe...saja jak..skrg ni aku berada d Centre Point, Kota Kinabalu...apa aku bt kat sini??saja dtg KK sekadar utk breakfast..hehe...xdala..mcm nie citer nyer...korang nk dgr tak??kalo xnk dgr pun..dgr je la..setelah menghadiri Nisa Team Building selama 2hari iaitu yg berakhir semalam kul12tgh/hr..aku n kwn2 seperjuangan telah meround bandaraya KK nie..window shopping jer...itu niat awal ler...tp kami terbabas juga akhirnya...tangan yg mulanya kosong..penuh dgn beg plastik terisi brg2 yg ntahpapa...tp berguna ok...cuma xplan la..asal berkenan beli jer...beg pakaian yg pada awlnya kosong..penuh smpi susah nk zip...hehhee...apakan dayala kan..

Kul830mlm kami bertolak meninggalkn KK menuju ke daerah tercinta...TAWAU...dan mlm tadi dpt la tido di atas katilku yg empuk...hehehe..pagi2 ni bgn seawal yg mungkin utk bersiap ke KK semula..aku blk twu sekadar nak tido mlm jer...hahaha...bila dh bersiap...br aku packing brg....main sumbat jak...harap2 xda la yg tinggal..huhuhu...smpi KKIA tadi jam9pg..lapar...cari kedai mkn kat KKIA...xjumpa...huhuhu...tanpa pikir pjg...aku ambik teksi trs ke Centre Point...ni jer la tmpt yg aku yakin nk pegi...huhuhu...smpi CP kedai2 pun xbuka lg...tgu 15minit br buka.trs ke KFC...mengisi perut yg sgt kosong...hehehe...td mkn nasi lemak...skrg ni nk melantak zinger burger plak...hehehe...layan jer...kul1145pg kena bertolak ke KKIA blk...sbb kul 1155tgh hr kwn aku dr KL br smpi..untk kami sama ke Melalap Oil Mill...untuk audit lab kat kilang tu...k la guys..bateri laptop ni pun dah nk kong...chow dulu ek...salam...

Sabtu, 7 November 2009

I'm a busy woman!!!!

huhuhu....tidak terungkap dgn kata2...betapa busy aka siboknya aku skrg nie....pening2...tp still under control lg...walau bagaimanapun...huhuhu...sesak jg kepala...skrg ni aku berada d Marina Court Condominium, Kota Kinabalu...tgh dlm program Nisa' Team Building 2009..amboi sempat lg online kan...ada masa lg..huhuhu...jgn salah paham...skrg ni br lepas solat maghrib & jamak dgn Isya' sekali...tgh menunggu mkn mlm...pas tu program start jam745mlm...so ada masa utk berehat..tp terasa ingin menulis sesuatu d sini...sebenarnya kan...sedih nie...akibat kebizian yg aku alami selepas blk dr Sarawak...aku xdpt sedikit peluang pun utk update blog...huhuhu...terlalu byk mau d update n dkongsi disini tp...huhuhu...bizi btl...mmg xda masa...mesti korang boring buka blogku ni kan...itu2 jak..tak berupdate...apakan daya la kan...aku sendiri pun sama..boring buka blog yg tak berupdate...huhuhu...apa jak la yg aku merapu nie...korang paham ka juga????huhuhu....

blk dr KK, smpi twu jam9 mlm...pastu isnin pagi...aku akn fly ke KK lagi..huhuhu...penatnya tu kan...terpaksa la aku tido d airport sementara menunggu kwn aku dr KL smpi KK jam12tgh/hr...huhuhu..pastu naik keta ke Melalap mill, Tenom...huhu...dlm masa 2mgu akan dtg...aku akan audit 3Kilang n audit lab aku plak...satu lg berita yg kurang enak utk dibgtau...21-23/11-09 akan diadakan Muqayyam 2009 peringkat negeri Sabah...malangnya aku xdpt join sepenuhnya...21/11 ada Fertilizer Sampling Training utk estate...so kena join...hopefully pastu bole join...huhuhu....

kla...otak dah jem..huhuhu...sebenarnya...aku dh lapar...huhuhu...sume org dh lapar sebenarnya...huhuhu...k la jumpa lg...harap2 la bole posting dgn kerap lps nie...salam

Rabu, 28 Oktober 2009

My trip to Bintulu, Sarawak

my breakfast during trip to Bintulu...very heavy..but I have no choice..hehe

Alhamdulillah...msk harini dah 4 hari aku berada d Bintulu..napa aku berada kat sini??? Tujuannya, aku kena assist kwn aku set up lab baru dia nie..kwn aku ckp mcm consultant plak..hehehe...iye kan..mcm consultant plak aku ni...mcm terer sgt...xkisah ler..berbekalkn pengalaman aku...bole la aku tolong setakat yg termampu kan...tolong menolongkn amalan mulia..hehehe...tp bila sampai sini xbyk yg bole aku tolong coz byk lg instruments n chemicals yg xsampai lg..supplier janji smpi awal tp smpi skrg xsmpi2...huhuhu...aku tolong setakat yg bole je la...

Aku & staff ambik 1st flight (825am) ke KK...smpi KK dlm kul930am...after check kat imegresen, kami pun carila tmpt utk isi perut yg tgh berkeroncong..hehe..ada 1 je cafe yg da buka kat KKIA...hem...mmg xda pilihan...930am msh awal lg bg org2 kat sini...lgpun kat airport..mana ada warong2 kecik..syukur cafe ni dh buka..dpt gak aku isi perut yg kosong ni...bila tgk harga...hem..mahal woo..standard ler airport kan..lantak ler...nanti claim jer...aku da lapar sgt ni...td xsempat mkn sblm jln...nak oder nasi lemak tp cashier tu ckp sambal nyer xsampai lg..huhu..mcm 2 plak...Curry mee je yg ada...hem..belasah jer la...janji kenyang...flight ke Bintulu plak kul 11am...lmbt lg..sempat aku pengsan kalo nk tgu smpi Bintulu br nk mkn..huhuhu...

KK ke Bintulu akan menaiki Maswing..fokker50 ok...hehehe...this is my 1st time...excited n takut gak...bila dh naik..terasa sgt kapal ni kecik...aku n staf aku duk btl2 kat kipas kapal tu..bising nyer..terasa mcm naik speed boat plak...huhuhu...after 1hr, kami pun smpi airport Bintulu..lawa airport nyer...lg lawa dr airport twu..huhu..bila kuar dr balai ketibaan, staf R&D, Sarawak dh sedia menanti ketibaan kami...kami menaiki Hilux utk ke Rajawali estate yg jaraknya dr aiport 72km...huhuhu...jauh tu...standard ler kan kwsn estate...mesti kat pedalaman...mcm xbiasa plak aku nie...hehehe...org ladang kena biasa semua tu...huhu...tepat kul2ptg kami smpi kat Guest House, Rajawali Estate...wow...cantiknyer rumah nie...design pun lawa...kalo aku ada rezki bt rumah...aku pasti akn ambik design rumah nie...msk dlm bilik lg best..mcm hotel...selesa sgt..part yg paling best layanan Bibik yg mengurus n menjaga rumah tu...siap cuci n iron baju..kan best tu...bab mkn jgn ckp ler...risau jg aku blk twu ni ada plak org ckp...aku tmbh kiut...hahaha...risau...risau...hehehe



view dr atas bukit...kompleks lavang


kalo tension dgn keje...bole kuar opis n tgk view yg sgt cantik nie...pasti dpt release tension..

Semlm kwn aku bw g Lavang Complex....34km...bg aku xjauh..cuma keadaan jln yg menjadikn nya jauh...jln tar sepjg 20km je...jln estate 14km msk dlm..biasa ler jln estate...menjadikn kita terhuyung hayang dlm keta...tmbh lg keta kwn aku yg comel tu...sesuai dgn dia yg comel..so kena bw slow2...actually, our R&D Centre, Sarawak kat sana..lab kwn aku ni terpaksa bt kat Rajawali coz dkt skit dgn bndr...suppliers & technition senang nk dtg kalo ada problem pada instrument...kepenatan yg dialami sepanjang jln nk ke Lavang Complex ni terubat bila dah sampai ke complex tu...mcm taman dlm hutan...main opis btl2 atas bukit..view mmg cantik...ada tasik lg..kat dlm tu ada buanglow manager & executive, rumah2 staf & pekerja, ada masjid, sekolah, clinic, dewan serbaguna..etc...mmg lengkap..mmg patut lengkap sbb pekerja jauh kalo nk kuar..kenderaan plak xda...ok la tu kan...

Memandangkan byk lg brg2 yg xsampai lg...so xbyk yg bole aku bantu...bos pun dah bising...suppliers yg salah...xikut schedule yg dibagi...berbagai alasan diberi..kapal lmbt smpi ler..apa ler...kwn aku ni pun dah pening sll kena push...aku plak bdn kat sini tp xabis2 pikir keje aku kat lab...samples byk..hrp2 staf aku dh siapkn..blk nanti aku just check n issue test report tu..huhu...next week plak bos nk dtg visit...so kena settlekn apa yg dia suruh..pastu 2minggu akan dtg aku busy nk g visit & audit 3 oil mills kat Melalap, Tenom..Giram & Binuang Mill kat Kunak..huhu...busy nyer..bila aku nk cuti nie...annual leave byk lg...19 hari...ada 2months lg nk abis kn...tp kalo schedule pack mcm ni...bila nk habiskn cuti..huhu...bos aku ckp simpan cuti tu utk majlis kawen & honeymoon...haha...xsangka plak bos aku bg cadangan mcm tu...pas dia ckp mcm tu aku senyum jer...tp ok jg idea tu...@#%$^&*@...hehehe....2hari lg aku kat sini...aku dh mula merindui tawau...hehehe...org2 kat twu lg ler...xya ckp..kangen bangat...hehehe....

Selasa, 20 Oktober 2009

Cubaan utk menipuku..huhu

Assalamualaikum...to all my friends...apa kbr sume?? Harap semuanya sehat dan sentiasa dlm Rahmat serta kaseh sayangNya...amin..
skrg nie lunch hour...baru jak pas mkn...alhamdulillah..sedap rezeki aku harini..beli kat kedai Sayang-Sayang kat simpang 4 Bombalai...comey nama kedainya kan?? atas kesetiaan staf aku yg sentiasa sudi membelikn aku sebungkus nasi campur (harap2 dia ikhlas..hehe) dpt la aku menambah tenaga untuk bekerja..hehehe

Harini 21 Oct 2009, akan diadakan Konsert Kesenian Islam bersama Nazrey Johani bertempat di Dewan Masyarakat Tawau bermula jam8mlm...aku xsabar nak tgk konsert tu..maklum la dah lama xpegi tgk konsert nasyid...time study dulu selalu jg p tgk konsert..xkisah la dlm UPM or kat U lain..seingat aku, last aku tgk konsert nasyid kat UIA..time tu final year..aku n beberapa rakan menyewa kereta semata2 nak p UIA...tapi sedih sbb konsert xabis lagi, kami kena bergegas blk UPM..sbbnya 12tgh mlm gate dh tutup...after 12tgh mlm pak guard xbagi masuk..mlm tu mmg nasib kami malang coz kami sesat jln...huhuhu..abis la kena tido dlm keta..tp kami kuat semangat cari juga jln utk balik ke pangkal jln...hehehe...akhirnya, kami berjaya menemukan jln pulang tp kami tetap jg lewat smpi UPM..1215tgh mlm...kami pun bagi la alasan (tp aku dh lupa alasannya..huhu) dan merayu dgn pak guard tu...alhamdulillah..akhirnya pak guard tu bagi masuk (biasala kwn2 aku ni terer dlm bab2 kelentong...hehehe...) aku xkan lupa pengalaman tu...manis sgt...bg aku, yg paling best bila tgk konsert nasyid nie..setiap bait2 lirik lagu tu masuk ke dlm hati sehinggakan aku bole menitiskan air mata...sangat menginsafkan..kalo dgr kat radio or cd..feeling tu xberapa sgt..mgkn sbb sound system yg kuat time konsert tu dan suara penyanyi pun jelas kedengaran sehingga bole terasa di hati...touching btl...hehehe...harap2 mlm ni aku akn dpt merasai feeling tu lagi..

Abis bab konsert..hehe...kita beralih pada cite lain plak..korang nak tau kemarin ptg dlm kebizian aku menbuat analysis report..tiba2 hp aku berbunyi...pada skrin hp aku tertera "withheld"..korang pernah tak dpt kol mcm tu?? dgn perasaan yg pelik aku jwb la phone tu..."Hello, ni Cik Kursiah ke?" Aku pun jwb la ya.."sy kol dr ibu pejabat celcom Kuala Lumpur, sy nak bgtau cik adalah org yg bertuah krn terpilih dlm cabutan bertuah dan memenangi wang sebanyak 7ribu ringgit"...hemm...pelik kan...bila aku tanya kwn yg kat Carey Island..dia ckp aku ni mcm menang peraduan deco,deco,deco celcom blue...hehehe..kalo btl ok jg kan...hiihihi...Aku tanya blk "awk ni btl ke atau nk tipu?" dia trs jwb "ni xtipu sbb kami xminta no akaun pun"...hemm...tp yg pelik dia nk aku berada dpn mesin atm pastu bg dia no yg ada kat kad atm aku br dia akan masukkn duit tu...nmpk sgt nk tipu...syukur la aku tak terpedaya dgn org tu..setakat 7ribu jer...xheran pun...geram jer aku rasa...the best part is...last tu dia tanya "suami cik kat mana?" sekali lg aku pelik, apsal nak tau pasal suami aku plak..hehe...mcm aku ada suami..heheh...tp aku perasan loghat org tu mcm lain..1st dgr mcm org sjung..2nd time dgr mcm indon..patutla dgr mcm org ckp sjung yg xjadi..bila dia tanya soalan tu, aku ckpla "suami sy kat rumah, kenapa?" (terpaksa aku menipu..hehe)..pastu dia ckp "btl ke?tapi suara cik kayak gadis..." hahaha...kantoi..nmpk sgt org indon...hehehe..tp takut jgkan..brp ramai la yg dorang dah tipu..so kpd korg sume..jgn mudah terpedaya...hati-hati k...jgn senang2 jer nak bg no akaun atau apa2 je kpd org yg tidak dikenali...itu hak kita..kalo org tu paksa..bgtau jer..ada aku kisah...hehehe...jahat kan ayat tu...ayat pembunuh...hehehe

Isnin, 19 Oktober 2009

Hati yang tenang...


Sesungguhnya apabila seorang mukmin beriman
kepada Allah dan imannya kukuh
maka ia merasa takut kepada Allah


Apabila ia merasa takut kepada Allah
maka dari rasa takut ini

ia akan merasakan
kehebatan dan keagungan Allah


Dan bila rasa
mengagungkan Allah ini sudah mantap
maka ia akan selalu taat kepadaNya


Bila ia selalu mentaatiNya
maka akan timbullah pengharapannya


Jika ia berharap kepadaNya
maka akan timbul rasa cinta


Dan bila cinta ini telah kukuh
maka akan timbullah rasa rindu


Bila telah timbul rasa rindu
maka timbullah rasa tenang

Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram
maka sama ada siang mahupun malam
sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan
ia akan selalu merasa nikmat

Khamis, 15 Oktober 2009

Aku ingin terbang bebas...

aku yg dlm perjln blk ke tnh air dr menunaikn haji d tnh suci (sekadar pic hiasan)

20 Oct 2009 - Sabah Lab Cross-Check (SLCC) Meeting @ Lahad Datu (mcm mls nk pegi...huhuhu)
24 Oct - 25 Oct 2009 - Konvensyen It @ Kundasang, Sabah
26 Oct - 31 oct 2009 - Outstation to Bintulu, Sarawak
6 Nov -8 Nov 2009 - Team Building Nisa' peringkat Negeri Sabah
15 Dec 2009 -3rd meeting Agriculture Laboratory Association of Malaysia (AgLAM) @ Penang (nie yg best..xprnh lg pijak penang nie..hehe)

Hemm...nie la antara aktiviti2 yg bakal aku lalui..insyaAllah..sudah lama aku berada d twu tanpa kemana2...last aku kuar dr twu dan sabah pada 28 June 2009 yg lalu..slps sukaneka pasti aku bergegas ke airport...masa tu la 'sesuatu' berlaku..abaikan..hihihi...
hemm...lbh krg 4bulan aku xkemana2...patut la aku rasa boring duk dlm lab ni...pastu aku rasa rindu dgn KLIA...hehehe...patutka rindu KLIA???yela kan...sblm ni dlm sethn mau 5,6 kali aku ulang alik ke KL...KLIA tmpt aku lepak menuggu masa penerbanganku tiba...rasa boring jg selalu travel sorg2..antara yg sll aku bt kat KLIA..lepas check-in guna mesin yg ntah apa namanya..lupa plak namanya..makin canggih skrg..xya beratur pjg nk check-in..smpi KLIA jer trs p kat mesin tu n tekan2 jer kat mesin tu..bila dh selesai...aku akan selalu cari tmpt mkn...antara tmpt yg sll aku p adalah KFC n Bugger King..fast food jer...nak cepat kan..takut tertinggal kapal...bila dh siap breakfast (aku sll naik 1st flight ke twu..1week tgglkn twu mestila rindu..huhu) aku akan berlenggang ke gate yg sepatutnya...tunggu la smpi kapal yg akan bw aku ke twu menampakkn dirinya...huhuhu

Aku pun dah lama xpegi KK...bertahun2 dh rasanya...kalo ke KK pun sekadar transit KKIA selama 45mnt sblm terbang ke KL...huhuhu..blk dr KL pun sama..transit KK jg..
Kwn2 yg kat KL pun selalu tanya, bila aku nk trn KL...semuanya nak jumpa aku...rindu ler tu...sabar...ada jodoh ketemu juga kan...hehehe..Sebenarnya 6 Oct 2009 yg lalu aku kena menghadiri 2nd AgLAm meeting @ Melaka...tapi aku malas...aku bgtau bos..aku byk keje nak settlekan kat sini...nak apply Permit NaOH lagi...byk samples yg tertanggu..maklum la kan cuti pjg time raya...syukur la bos paham...dia kata xpa..nanti kat Penang baru aku join...hehehe...Thanks Bos (Juli, ko jgn slh sangka plak aku baik dgn bos..hehehe)...

Bila aku bgtau adik aku pasal program aku yg byk bejalan...satu jer komen dr dia...pegila bejalan selagi masih single nie....huhhu...motif????

Isnin, 12 Oktober 2009

Ketetapan Ilahi...


Assalamualaikum wbt...rasa lama plak tak posting...terasa malas sgt nk update blog..bukan xda bahan nk kongsi...selama xposting ni..aku just visit beberapa blog shbt2..menjadi silent reader...tp skrg ni terasa nk posting plak sbb rasa bosan & xtau nk bt apa..skrg ni lunch hour..tak lunch pun...pg td dah mkn berat..blk keje la baru makan...memandangkan xda keja nk buat..so aku saja menulis apa yg terlintas di fikiran...teringat keputusan pilihanraya d Bagan Pinang...3,4 org shbt2 sdh mengulas pasal hal ni...bg aku mmg pelik pengundi2 d tmpt tersebut...calon yg mempunyai rekod yg sgt buruk itu bisa menang dgn selesa & bergaya dgn majoriti 5ribu undi...hemm...apala yg berada dlm kepala hotak penduduk d Bagan Pinang tu??? apala yg telah disogok kepada mereka???xpala...itu ketetapanNya...berserah sahaja pada Allah...hanya Dia saja yg mengetahui hal yg sebenar...kita perlu redha dgn kekalahan itu...pasti ada hikmah & pengajaran yg Allah nk tunjuk pada kita...kita xperlu kecewa, berduka, berdiam diri atau rasa malu dgn kekalahan itu...tapi sebaliknya kita harus bangkit semula...mengatur & mengorak langkah dgn gagah & lebih bersemangat...kita harus terima kekalahan itu dgn sabar & redha sbb Allah sentiasa bersama2 dgn org yg sabar...percayala...itu jaminan dariNYA...kita tidak bersendirian...kita punya kekuatan yg lebih hebat dr segala2nya...Allah Maha Besar!!!!