
Selasa, 25 Ogos 2009
Milik siapa rindu ini???

Isnin, 24 Ogos 2009
Pesanan utk Lelaki...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." Wallahualam.
Khamis, 20 Ogos 2009
Harapan Ramadhan
Salam semua…salam Ramadhan…slmt berpuasa…esok start pose dah…hepi nyer…excited nyer…thanx Allah ats segala nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku dan familyku dr dulu hingga ke harini dan masa yg akn datang…alhamdulillah…syukur…
Harapanku pada Ramadhan kali ni, moga Allah memanjangkan usiaku dan memberi peluang utkku menjalani ibadah dlm bulan pesta ibadah yg dtg setahun sekali. Harapanku lagi moga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dr thn2 yg sebelumnya…moga keimanan dan ketaqwaanku kepadaNya makin bertambah serta aku lebih dekat dgnNya...amin
Aku sangat bergantung & bertawakal padaMu Ya Allah. Tiada daya upayaku melainkan bantuan & pertolongan dariMu. Ku sangat mengharapkan keampunanMu, keredhaanMu serta kasih-sayangMu….ku sangat mendambakannya…Terima kaseh jg ku ucapkan Ya Allah atas nikmat IMAN & nikmat ISLAM yg ko kurniaan kepadaku walaupun ainya kuwarisi dari org tuaku…namun atas hidayahMu jua Ya Allah, ku mula mengenal, menjiwai, merasai & menghargai nikmat IMAN & ISLAM tu sejak dr tingkatan 1 lagi bersama-sama dgn sahabat2 yang amat kusayangi dimana mereka juga merupakan nikmat kurniaan dariMu Ya Allah….Ya Allah, begitu banyak nikmat yang telah Engkau berikan padaku…tidak terhingga…alhamdulillah…terima kaseh Allah…terima kaseh…walaupun beribu-ribu ucapan terima kaseh ku padaMu, namun ucapanku itu tidak boleh menandingi nikmatMu utk ku..Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Agung..Maha Besar...sekali lagi, terima kaseh Ya ALLAH...
Salam Ramadhan...

Apabila ia merasa takut kepada Allah, maka dari rasa takut ini ia akan merasakan kehebatan dan keagungan Allah.
Dan bila rasa mengagungkan Allah ini sudah mantap maka ia akan selalu taat kepadaNya.
Bila ia selalu mentaatiNya maka akan timbullah pengharapannya. Jika ia berharap kepadaNya
maka akan timbul rasa cinta.
Dan bila cinta ini telah kukuh maka akan timbullah rasa rindu. Bila telah timbul rasa rindu
maka timbullah rasa tenang.
Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram maka sama ada siang mahupun malam,
sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan ia akan selalu merasa nikmatNya....
"Salam Ramadhan..Selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh keimanan kpd Allah swt..selamat berpuasa kpd semua saudara2ku"
Jumaat, 14 Ogos 2009
Teman...

HATI....


Menghindari kegelisahan -
"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu'd-
Oeh al-Imam al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu disekat kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran.....
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan....
Dengan hanya mengingati Allah, hati pasti kan menjadi tenang......Wallahualam
Khamis, 13 Ogos 2009
coretan time lunch hour
Minggu ni, aku agak busy skit..byk sgt keje..kena kejar dateline lagi..gabra aku dibuatnya. Sempat ke xsempat??. sehingga kemarin temperatureku agak tinggi akibat bebanan kerja yg bertimbun – timbun. Akhirnya staffku yg menjadi mangsa.hehe..sian dorang kan..tp dorang ckp dorang dah paham..hehehe..baguskan..mereka memahami aku..thanx hero2 and heroin2ku..kalo korang xda sapala yg nak analyse sume sample2 tu..aku tau korang mesti penat coz byk sgt samples pastu kena siap cepat..client bising kalo kita lambat kuar report..big bos kita lagi bising tapi kita kena ingat tanpa samples tu sapala kita..sbb ada samples la kita ada keje..sumber rezeki kita....alhamdulillah....
Smileee...hehe...aku agak pelik hr ni..im in a good mood...xtaula apa sbb utamanya tp yg pasti...aku “tersenyum” bila tgk samples yang kitaorg received pg tadi..beratus-ratus...hehehe...aku xdapat nak tafsirkan senyuman ku itu..sume bercampur baur..aku hepi sebenarnya tp dlm masa yg sama aku risau gak kalo dateline tak achievable.tp aku yakin bole....standby la staffku utk dipush oleh bos korng nie..hehehe...timeliness for test reports should be 100%!!!that's our target!!!
