Khamis, 20 Ogos 2009

Harapan Ramadhan



Salam semua…salam Ramadhan…slmt berpuasa…esok start pose dah…hepi nyer…excited nyer…thanx Allah ats segala nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku dan familyku dr dulu hingga ke harini dan masa yg akn datang…alhamdulillah…syukur…

Harapanku pada Ramadhan kali ni, moga Allah memanjangkan usiaku dan memberi peluang utkku menjalani ibadah dlm bulan pesta ibadah yg dtg setahun sekali. Harapanku lagi moga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dr thn2 yg sebelumnya…moga keimanan dan ketaqwaanku kepadaNya makin bertambah serta aku lebih dekat dgnNya...amin

Aku sangat bergantung & bertawakal padaMu Ya Allah. Tiada daya upayaku melainkan bantuan & pertolongan dariMu. Ku sangat mengharapkan keampunanMu, keredhaanMu serta kasih-sayangMu….ku sangat mendambakannya…Terima kaseh jg ku ucapkan Ya Allah atas nikmat IMAN & nikmat ISLAM yg ko kurniaan kepadaku walaupun ainya kuwarisi dari org tuaku…namun atas hidayahMu jua Ya Allah, ku mula mengenal, menjiwai, merasai & menghargai nikmat IMAN & ISLAM tu sejak dr tingkatan 1 lagi bersama-sama dgn sahabat2 yang amat kusayangi dimana mereka juga merupakan nikmat kurniaan dariMu Ya Allah….Ya Allah, begitu banyak nikmat yang telah Engkau berikan padaku…tidak terhingga…alhamdulillah…terima kaseh Allah…terima kaseh…walaupun beribu-ribu ucapan terima kaseh ku padaMu, namun ucapanku itu tidak boleh menandingi nikmatMu utk ku..Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Agung..Maha Besar...sekali lagi, terima kaseh Ya ALLAH...



"SELAMAT BERPUASA"

Salam Ramadhan...


Sesungguhnya apabila seorang mukmin beriman kepada Allah dan imannya kukuh maka ia merasa takut kepada Allah.


Apabila ia merasa takut kepada Allah, maka dari rasa takut ini ia akan merasakan kehebatan dan keagungan Allah.


Dan bila rasa mengagungkan Allah ini sudah mantap maka ia akan selalu taat kepadaNya.


Bila ia selalu mentaatiNya maka akan timbullah pengharapannya. Jika ia berharap kepadaNya
maka akan timbul rasa cinta.


Dan bila cinta ini telah kukuh maka akan timbullah rasa rindu. Bila telah timbul rasa rindu
maka timbullah rasa tenang.

Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram maka sama ada siang mahupun malam,
sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan ia akan selalu merasa nikmatNya....

"Salam Ramadhan..Selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh keimanan kpd Allah swt..selamat berpuasa kpd semua saudara2ku"

Jumaat, 14 Ogos 2009

Teman...





Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan kesempurnaan, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah..wallahua'lam

HATI....









Menghindari kegelisahan -

"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu'd-

Oeh al-Imam al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu disekat kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran.....

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan....

Dengan hanya mengingati Allah, hati pasti kan menjadi tenang......Wallahualam

Khamis, 13 Ogos 2009

coretan time lunch hour







Hermmm...lamanya aku tak update blog ni...busy skit lagipun xda idea nak tulis apa. Sepertinya aku ketandusan idea. Mungkin disebabkan xda cite yg menarik yang berlaku dlm hari – hari yg ku lalui sejak seminggu lalu utk aku kongsi dan abadikan dlm blog ni..ku hanya membuka dan membaca blog org lain di waktu rehatku sebelum memulakan semula tugasan yg diamanahkan kepadaku. Semestinya org yg selalu mengunjungi blog ni akan merasa boring sbb tak berupdate. Kerana aku juga merasakan yg sama apabila aku menjenguk blogku sendiri tiap hari..harini aku ingin mencoret sesuatu di sini...

Minggu ni, aku agak busy skit..byk sgt keje..kena kejar dateline lagi..gabra aku dibuatnya. Sempat ke xsempat??. sehingga kemarin temperatureku agak tinggi akibat bebanan kerja yg bertimbun – timbun. Akhirnya staffku yg menjadi mangsa.hehe..sian dorang kan..tp dorang ckp dorang dah paham..hehehe..baguskan..mereka memahami aku..thanx hero2 and heroin2ku..kalo korang xda sapala yg nak analyse sume sample2 tu..aku tau korang mesti penat coz byk sgt samples pastu kena siap cepat..client bising kalo kita lambat kuar report..big bos kita lagi bising tapi kita kena ingat tanpa samples tu sapala kita..sbb ada samples la kita ada keje..sumber rezeki kita....alhamdulillah....

Smileee...hehe...aku agak pelik hr ni..im in a good mood...xtaula apa sbb utamanya tp yg pasti...aku “tersenyum” bila tgk samples yang kitaorg received pg tadi..beratus-ratus...hehehe...aku xdapat nak tafsirkan senyuman ku itu..sume bercampur baur..aku hepi sebenarnya tp dlm masa yg sama aku risau gak kalo dateline tak achievable.tp aku yakin bole....standby la staffku utk dipush oleh bos korng nie..hehehe...timeliness for test reports should be 100%!!!that's our target!!!
pg td sampai tgh hr..tel opis asyik berbunyi..”cik ada kol”..itula ayat skema staf2ku..panggilan tu sume dari estate..tanya mcm mana nak sampling fertilizer..tanya sample yg dorg antar dah sampai ke blum..tanya bila bole dpt results...hehehe..tp aku rasa seronok plak..org kat Sarawak pun kol, tanya benda yg sama..pg td pun aku menerima beberapa kunjungan org2 estate yang dtg utk menghantar sample fertilizer dan effluent/waste water...Wah...makin byk samples..itu baru fertilizer and effluent...last week joined meeting with agronomist...sample foliar/daun plak akan dihantar every month.yang ni pun sekali datang dalam beratus-ratus sample gak....hahaha..
ni sume baru internal client..kalo campur sample dr external client..bayangkan la..banyaknya..nampak gayanya bulan pose nie..kitaorg xle la lembik2...kena active even berpuasa...dan kemungkinan juga aku akn menyarung kembali lab coat yang terakhir aku pakai time kat study kat UPM dulu ..xtaula kat mana dah aku letak lab coat tu...hopefully, ada dlm almari baju..hehehe
pic kat atas tu antara samples yang kitaorg terima dan akan 'dikerjakan' oleh staffku...hahaha

Rabu, 5 Ogos 2009

kerja...kerja...kerja...







Alhamdulillah...beberapa tugas yg telah diamanahkan oleh bosku telah ku siapkan semlm...dan submitted jg semlm...pagi td buka email..bos reply.."TQ kursiah"...alhamdulillah..terasa diri ini dihargai...huhuhu...tq jg bos...makin bersemangat aku buat kerja...kalo sume bos2 mcm ni kan best...bahagia sgt...hehehe..
Harini aku rileks skit..wpun ada lg beberapa kerja yg masih blum settle(yg xurgent la tu...)...mmg btl la kerja xkan abis.pas satu..satu lagi..tapi kalo kerja xda susah jg tu kan...mcm mn nak cari rezeki...ish..ish..bahya!!!
Mcm biasa, time lunch hour aku akan update blog..kena ada citer la,kalo tak mcm mn nak updatekan???
27 July yg lepas..our big bos iaitu Director of R&D telah trn Sabah utk berjumpa dgn anak2 buahnya dan sekaligus bagi briefing for new Financial Year 2009/2010. Exec and staff from Sarawak also turun Sabah..bila all exec and staff sabah sarawak dah berkumpul, so senang la our bos bagi ceramah kat kitaorg sume..bagi amanat..menyuntik semangat utk bekerja dgn lebih baik...
warga R&D sabah sarawak semakin ramai...ini menunjukkn peningkatan..dan menunjukkn kami semakin berkembang..alhamdulillah..bila bisness semakin berkembang...bonus pun akan bertambah...hehehe..hopefully la..hihihi
Gambar2 diatas diambil awal pg sblm director bg briefing...
1st pic - All exec sabah sarawak with director(mcm biasa..aku sndr jer pompuan...pompuan melayu terakhir kot...hehe..)
2nd pic - aku dgn staffku (warga chemical lab sabah..4hero dan 7herionku)
3rd pic - all exec and staff sabah sarawak

Selasa, 4 Ogos 2009

kembali...








salam everyone...ku kini kembali utk terus menulis dan mengupdate blog kesygnku yg xseberapa nie..huhu..ku juga sgt bersyukur kehadrat Ilahi kerana seorg shbt yg sgt kusayangi juga telah kembali dr berhibernasi...moga dia kembali dgn semangat yg baru...walau pun ku dgr kabar2 yg kurang enak yg mengatakan dia mgkn xmcm dulu lg...begitu luas scopenya..xmcm dulu yg mcm mana????walau apapun keputusannya..kita kena hormati..moga Allah memberi dia petunjuk utk melakukan yg terbaik utk dirinya dan jg org disekelilingnya..amin...

Bagi aku, dia seorg shbt yg begitu unit..sgt peramah, hepi go lucky, penceria keadaan dan sgt baik hati...aku yg sememangnya suka ketawa begitu selesa dgn tingkah lakunya...hepi selalu...aku kenal dia dr sek rendah lagi..di SK Bandar II, Tawau..satu kelas..masa tu aku, aisya, mira, dan ogie satu kelas dr darjah4 smpi darjah 6. tapi kami msg2 xrapat coz kami ada geng msg2..hehe..lucu kalo ingat...jodoh kami kuat..naik sek men, kami satu sek dan satu kls lg..SMK Tawau...tapi kami start rapat masa form3...kami selalu p usrah d IAB tiap hari jumaat after sek. disitula kami kenal jemaah dan ukhwah kami mula terbina ....masuk PERPPIS sama2...kena belasah time TAMPIJAR sama2 (kecuali mira...hehehe)..

After form5, kami terpisah..aku n mira masuk matrix..Kolej Ibukota Kinabalu d KK..ogie and aisya teruskn study dlm form6..rezeki kami sgt murah..alhamdulillah...kami sume dpt teruskn study d IPTA...aku d upm dan mira d UPSI..sethn kemudian aisya jg msk UPSI..ogie plak d USM walaupun rezekinya lmbt skit..dan esok dia akn terbang ke USM utk majlis konvokesyennya...tahniah gie..

ALHAMDULILLAH...syukur sgt pada Allah...ats segala nikmat kuniaanNYA...kini aku dah menjadi Chemist...cita2ku menjadi kenyataan(mcm xcaya plak..)..mira and aisya plak jadi Cikgu...dan ogie juga bakal menjadi cikgu..insyaAllah...

Kalian sedar ka uhkwah kita telah lama terbina???sek rendah...sek men..sampai skrg...ianya terbina dgn izinNya..kita bersahabat kerana Allah...begitu suci ukhwah ini..sanggup ka kita cemarinya???kita mmg manusia biasa yg tak kan lepas dr membuat dosa dan kesilapan...xbole ka kita saling memaafkan dan memperbetulkan apa yg xbetul....tegur secara berhikmah...sanggup menerima teguran...jernihkan keadaan...KEMBALI seperti dulu..bolehka shbt2ku????

Fikir -fikirkan la wahai shbt2 yg amat aku sayangi...