Sabtu, 5 Februari 2011

...ingin menjadi chef...

salam....

entah kenapa...semenjak dua menjak ni...minat utk masak-memasak ni membuak2(minat jerr...)...tmbh lg kalo tgk resipi2 yg ermmmm...yummy..yummy...tapi yg buat stress tu...tak juga gerak2 p dapur...huhuhu...kalo p dapur pun...time lapar...syukur mak ada masak something...kalo xda...mee sedap perisa soto + telur menjadi santapan...hinggakn skrg ni da muak da...nmpk sgt sll sgt melantak benda tu...huhuhu...

mesti best kan dapat hasilkan sesuatu yg sedap ditambah lg dgn hiasan yg cantik2...aduh bila la tu ya...minat dah ada...tapi pemangkin tu yg xda lg...bila nak ada ni...huhuhu...

kalo la aku ada adik beradik perempuan...mesti bestkan...bole juga aku "bergaduh" dgn dia d dapur...dapur da cantik da...tp masak mee segera jak...wakakakaka...tak berbaloi sungguh...

bila la nak terer masak-memasak ni???teringin sgt da ni..tapi byk tapi nya..aduhhh...

Khamis, 3 Februari 2011

Khabarmu...

Assalamualaikum....

Genap 5 bulan aku tak update blog kesyg ni...lama gila...lg malang aku sendiri da lama tak jenguk kabar blog ku ni...dlm tempoh 5bln ni...bole dikira brp kali aku jenguk...mgkn xsampai 5x...hehehe...kadang2 lupa aku ada blog...bisanya kan...tp hr ni tiba2 plak ada mood mau menconteng sesuatu d sini...mgkn sbb bosan kot..org masih dlm mood cuti..cuti thn br cina...tp kami pekerja sime darby d sabah kena kerja harini...huhuhu...entahla...apa rasanya..mcm2 rasa...tp alhamdulillah...byk juga keja siap...pg td time g keje...jalan raya lengang...mgkn masih ramai yg di ulit mimpi sedangkan aku tgh menekan pedal minyak keta utk sampai ke tmpt kerja...cuaca hari ini pun lain...nak kata panas xjuga panas...nak kata nak hujan..xjuga hujan..tp yg pasti ku rasa tenang...memandang ke luar jendela...ku lihat hijau...bunyi burung juga sungguh mendamaikan jiwa ku....alhamdulillah...semua dariNya dan milikNya...

Rasanya cukupla setakat ni...moga diberi lagi peluang utk menulis sesuatu di sini...salam...

Ahad, 5 September 2010

Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan Iklan Hari Raya TV3 2010

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.






Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran







Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism





Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.




Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?




Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..




Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).



p/s: Untuk makluman, TV3 telah pun menarik iklan raya ini pada malam semalam dengan memaklumkan penarikan itu melalui Buletin Utama malam semalam (5 September 2010). Di harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Insya-Allah.

Salam Aidilfitri



Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah...sungguh banyak nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita..tidak terhingga..dan tidak akan mampu untuk kita membalasnya...malah kita selalu lupa kepadaNya...astagfirullah al-azim...ampuni dosa2 kami ya Allah...kami hamba2Mu yang sgt lemah...beri kami kekuatan untuk menuruti segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu..agar kehidupan kami di atas muka bumi ini mendapat redhaMu ya Rabb...amin..

27 Ramadhan...sungguh cepat masa berlalu...rasanya baru semalam kita mula berpuasa..masa tetap akan terus berlalu...tanpa menunggu dan menghiraukan kita..samada kita sedar atau tak..syukur alhamdulillah Allah masih bagi kita peluang utk berada d bln ramadhan pada tahun ni...tahun depan blum tentu lagi..mungkin ramadahn kali ni adalah ramadhan yang terakhir bagi kita...kita tak tahu..jadi rebut la peluang di akhir2 ramadhan ni utk memperolehi segala kelebihan bulan yang mulia ni..moga kita semua mendapat keredhaanNya...keampunanNya...dan memperolehi syurgaNya...amin ya rabbal alamin...

Kepada semua kawan, teman, rakan, sahabat, sanak saudara serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini...saya menyusun sepuluh jari..memohon ampun dan maaf zahir & batin..atas segala keterlanjuran yang disengajakan atau sebaliknya...halalkan makan minum ya..maaf sekali lagi...akhir sekali...Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri..

Rabu, 28 Julai 2010

...aKu...


Personaliti berasaskan tarikh lahir - No. 7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

ermmm...aku dpt benda ni dr fb...saja2...tapi bole pakai jugala walaupun ada juga yg kureng tepat or mgkn tepat tp aku xsedar aku sbnrnya begitu...apa2 pun..yg baik jadikan teladan dan yang xbaik jadikan sempadan..btl tak???

sbnrnya aku suka benda2 mcm ni sbbnya..ianya membolehkan kita kenal lebih dalam akan diri sendiri..secara tidak langsung ianya memotovasikan diri kita..menjadikan diri kita lebih yakin dan positif...itu apa yg aku rasa la..hehehe...pasangan ideal No.2..tengah mencari..kalo ada sapa2 jumpa bgtau ya...hehehe...;-)

Rabu, 21 Julai 2010

Pokok Hiasan Beracun




Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

Rabu, 14 Julai 2010

kembali menulis...



...sekadar hiasan dinding...

Assalamualaikum semua...apa khabar???moga2 semuanya sehat dan sentiasa dlm rahmat dan kasih sayangNYA..amin...lamanya tak menulis d sini...terasa kekok plak..huhu..semenjak ada facebook ni...blog ni terasa sepi plak...kalo dulu hari2 buka blog walaupun sekadar menjenguk saja..tp lately..aku da lupa yg aku ada blog yg da lama tak berusik..sian blog ini..maaf ye..bukan niat nak abaikan awk..hehe..main lain jak bunyinya kan..kalo dulu semangat nak menulis sbb ada dorongan dr sahabat2 tp sekarang sahabat2 pun da kurang menulis hanya 2,3 org jak yg masih menulis tp aura semangat menulis tu pun semakin berkurangan...semlm sebelum tido tiba2 teringat akan blog ni..aku pun heran bole plk aku teringat benda ni..entah kenapa? tu yang harini terasa ini menulis walaupun xtau apa yg nak d tulis...kepala pun masih tgh pikir2 lg ni..apa ya??semlm pun da pikir apa nak tulis..tp rasanya mcm xsesuai plak..yelakan..da lama tak update blog ni..mgkn ini bole d anggap sebagai mukaddimah..hehehe..macam betul jak..da pasang niat nak aktif menulis balik..hrp2 la aktif kan..hehe..ntah2 pas ni senyap balik..hehe..maklum la kan kita xtau apa yg akan berlaku lepas ni..manatau busy mcm sblm2 ni..walau apa2pun niat da ada tinggal d laksanakan jak..hehehe

K la setakat ini dulu...jaga iman...jaga solat..hiasi peribadi dgn akhlak yg mulia seperti yg telah dicontohkan oleh Rasul junjungan mulia...jumpa lagi..salam...daaaaa.....